Sunday, September 5, 2010

Tugasan 2 Word Search Game

Word search game

Topic : Classification of Microorganisms

J H I B A S T K X K W E P

Y M A A F A M O E B A L A

D U R C U F Y Q H G A F Y

P I Y T N U E J L S Q D E

D C G E G H I A M P R O A

E E O R I S R O R H O O S

E M R I U E D O X G C S T

W A I A K I T P F L U G O

A R P H U O Z Q S C M A C

E A S M Z D Q L B U C B F

S P O O R K U J G F R G R

T C A C O Y G A X R S I K

T F J Y F Z A D I K Y F V



algae

protozoa

amoeba

seaweed

bacteria

spirogyra

fungi

virus

mucor

yeast

paramecium

plasmodium

Sunday, August 15, 2010

Tugasan 2 Rujukan Lain

http://www.en.wikipedia.org/wiki/Microorganism

http://www.microorganisms.com

http://www.microbeworld.org/microbes/bacteria

http://www.britannica.com/eb/article-9037947/green-algae

http://www.microbeworld.org/microbes/protista/protozoa.aspx

http://www.en.wikipedia.org/wiki/Fungus

http://www.en.wikipedia.org/wiki/Virus

http://www.dictionary.reference.com/browse/microorganisms


Saturday, July 31, 2010

Tugasan 1 KPT 6043

Tugasan 1 Ringkasan dan Ulasan Jurnal

RINGKASAN DAN ULASAN JURNAL


Gaya Bahasa Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam SMS Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

oleh

Premananthini Dhemudu & *Balakrishnan Muniandy

Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Kedah

*Centre for Instructional Technology and Multimedia

Universiti Sains Malaysia.


Saya mendapati jurnal ini menghuraikan sejak tahun 1990, penggunaan SMS telah berleluasa dan bertambah dengan banyak di kalangan remaja sekolah. Sifat SMS yang menyebabkannya digunakan dengan banyak di kalangan remaja sekolah ialah bayaran SMS adalah murah dan SMS boleh digunakan secara terus daripada seorang individu kepada individu yang lain. Selain itu, waktu membaca SMS tidaklah perlu segera kerana penerima SMS boleh baca mesej pada bila-bila masa setelah menerima SMS. Penggunaan SMS telah digunakan dengan lebih kerap di dalam masyarakat, jadi bayaran SMS juga menjadi semakin murah.

Penggunaan SMS telah semakin banyak di kalangan pelajar sekolah menengah, oleh itu pengaruh SMS terhadap penulisan pelajar adalah banyak, antaranya ialah pelajar-pelajar sekolah menengah menggunakan ayat SMS dalam peperiksaan awam. Pelajar juga menggunakan SMS dengan campuran Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka. Pengaruh kepada penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar juga diragu-ragukan.

Rumusan penyelidikan yang telah dibuat oleh penulis artikel ini ialah rangka kerja kajian ini adalah berdasarkan model proses kognitif. Kaedah kajian adalah menggunakan soal selidik untuk mengumpul data-data kuantitatif. Hasil kajian ialah komunikasi menggunakan SMS adalah salah satu kaedah baru yang penting untuk meningkatkan prestasi menulis karangan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah.

Analisis SMS dan Komen terhadap kajian penulisan artikel yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Kedah adalah seperti berikut:

a. Bilangan pelajar lelaki yang dipilih untuk kajian adalah sedikit iaitu sebanyak 37% berbanding dengan pelajar perempuan. Jadi kajian ini tidak dapat melambangkan situasi penggunaan SMS di kalangan pelajar lelaki.

b. Terlalu sedikit pelajar Cina dipilih dalam kajian ini iaitu hanya sebanyak 3%. Jadi kajian ini tidak dapat melambangkan situasi sebenar penggunaan SMS di kalangan pelajar Cina.

c. Banyak mesej yang dihantar oleh para pelajar sekolah adalah melebihi 12 patah perkataan iaitu sebanyak 60%.

d. Panjang mesej yang dihantar oleh pelajar perempuan adalah lebih panjang berbanding dengan pelajar lelaki.

e. Bahasa yang paling banyak digunakan dalam sms ialah Bahasa Melayu iaitu sebanyak 70% manakala penggunaan Bahasa Inggeris hanya 25% sahaja. Jadi tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah adalah rendah, kebanyakan pelajar selalu menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, dan Tamil semasa menghantar mesej mereka kepada rakan dan ahli keluarga.

f. Pelajar yang paling ramai menghantar dan menerima mesej ialah pelajar Melayu, mereka selalunya menghantar 10 SMS setiap hari.

g. Pelajar yang paling ramai menggunakan Bahasa Inggeris dalam SMS ialah pelajar India.

h. Dalam kajian ini, tiada analisis untuk mengkaji campuran dua jenis bahasa, sedangkan kebanyakan mesej yang digunakan adalah dalam bentuk campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, contohnya:

SMS Responden 3:“bla, bla u nak blik home ?/ miss mu” dan

“k…nanti bla o’wang free o’wang send msg blik kat awk jgn r’saulah… kkk”

SMS Responden 18:”Asakom, Aai ngah wat apa ? Dah breakfast ker. Camne pagi nie cihat, semalam cakap demam kan.” dan

“ Hai, sye baru je sudah makan napa nak sye temankan war – ker…”

Kesan buruk daripada campuran dua jenis bahasa ialah pelajar-pelajar di sekolah menengah turut menggunakan campuran dua bahasa dalam pertuturan harian dan penulisan karangan Bahasa Inggeris mereka di sekolah.

i. Kebanyakan pelajar adalah kurang memberi perhatian dalam aspek tatabahasa tetapi hanya mementingkan panjangnya penggunaan sesuatu ayat.

j. Perkataan Bahasa Inggeris yang paling banyak digunakan dalam mesej yang dihantar oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah ialah “thank you”, “bye”, “good night”, “please” dan “take care”. Penggunaan perkataan-perkataan tersebut melambangkan nilai-nilai murni budaya bangsa iaitu menunjukkan peribudi, kebaikan hati, dan rendah hati. Kesan baik daripada penggunaan SMS ialah pelajar menjadi lebih bersopan dan lebih prihatin kepada rakan dan ahli keluarga mereka.

Sebagai kesimpulan, penggunaan Bahasa Inggeris dalam SMS jika diberi perhatian dan bimbingan yang baik oleh para guru dan pihak sekolah sudah tentu akan dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di dalam negara. Selain itu, para ibu bapa juga dapat memahami tahap penguasaan Bahasa Inggeris serta pemikiran anak-anak mereka dan seterusnya mendapat suatu idea yang baik untuk membantu anaknya menuju ke arah kesempurnaan dalam kehidupan.